Sunday, October 24, 2010

PENGENALAN KUMPULAN

NAMA KUMPULAN: ANUGERAH


NAMA AHLI KUMPULAN: WAN NUR SYAHIRAH BT WAN
                    MAT NOOR
                    NURUL SYAMIMI BT YUSOFF
                    FATIN SHAHIRAH BT ROSLI
                    ASHIKIN BT ARSHAD
 
            

TEMPAT PELANCONGAN DI LANGKAWI


KOTA MAHSURI dengan sejarah legendanya merupakan kawasan yang cukup penting di Pulau Langkawi dan kini dipelihara buat tatapan generasi akan datang. Terletak kira-kira 12km dari pekan Kuah, Kota Mahsuri ini dibina untuk memperingati kisah seorang wanita bernama Mahsuri yang difitnah dan dihukum bunuh. Menurut legendanya, ketika menjalani hukuman mati, tubuh Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih, sebagai tanda kesuciannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri telah menyumpah pulau itu menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.

TEMPAT PELANCONGAN SARAWAK


Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

TEMPAT PELANCONGAN DI PAHANG


Bukit Fraser merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang. Ia menjadi tempat tumpuan para penggemar alam semulajadi kerana hutan di sini mengandungi pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesis haiwan.  Dipercayai di Bukit Fraser terdapat lebih 250 spesies burung dengan pelbagai warna yang mengeluarkan bunyi menarik. Bagi pencinta alam, anda pasti terpesona dengan kepelbagaian flora dan fauna apatah lagi suhu sekitar 20 hingga 23 darjah Celsius menjadikan denai di Bukit Fraser popular di kalangan penggemar aktiviti lasak.
Jika dilihat, kawasan pekannya kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik . Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser.  Jadi tidak hairanlah jika anda ke sana anda akan dapati banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British.

TEMPAT PELANCONGAN DI TERENGGANU


Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.

TEMPAT PELANCONGAN DI MELAKA


Blog kali ini saya ambil dari sebuah buku kecil bertajuk Panduan Pelancongan Malaysia
Masuk saja mana-mana lorong di tengah-tengah bandar bersejarah ini, anda pasti menemui sesuatu yang mampu membuat anda terpegun. Bangunan lama di samping perdagangan dan pertukangan tradisional menobatkan lokasi ini sebagai antara destinasi yang paling banyak dikunjungi pelancong di Malaysia. Bangunan di sini mencerminkan pengaruh Portugis, Belanda dan British manakala pusat bandar rayanya pula amat sesuai untuk bersiar-siar dengan berjalan kaki.